Cuba ingat balik... kenal tak dengan nama-nama dalam cerita aku ni.. mungkin meningatkan sedikit kenangan lama anda.. maafkan aku kerana memasukkan nama gelaran, tersalah maklumat, bukan untuk apa-apa tetapi bagi memudahkan proses mengingat.. ampunkan saya jika ia berkenaan dengan anda..
Aku dilahirkan di Dabong, pekan terpencil di pedalaman, Hulu Kelantan membuat orang lebih mengerti, kampung kecil yang terletak di tengah-tengah Bandar Gua Musang - Kuala Krai - Jeli, Aku dilahirkan pada 13 September 1976 kalau tak salah aku bidan pada waktu itu Mok Cik Nah isteri kepada Cik Halim. Bidan yang cukup popular di Dabong yang mana berkhidmad selama tiga keturunan orang kampung, bayangkan emak pastu anak pastu cucu kepada emak tadi pun sempat menikmati khidmat Cik Nah. Apatah lagi aku yang hanya jiran sebelah rumah dengannya. Tapak asal rumah tu dahulunya rumah Pok Nik Mat tukang gunting.
Pada tahun 1981, aku mula bersekolah di Tadika Kemas yang diuruskan oleh Cikgu Ani (Moksu Ani) isteri kepada Cik Mat yang mana berjiran dengan rumah Pok Pin Pisah peniaga kedai makan di stesyen keretapi dabong buat masa sekarang ni. Cikgu Ani inilah cikgu ataupun guru pertama yang mengajar kebanyakan anak-anak Dabong mengenal huruf, membaca dan menyanyi. Beliau dibantu oleh Kak Sah, sepupu kepada mak aku, Kak Moh Pok Heng dan sebut sahaja Kak Sah boleh dikatakan semua orang mengenalinya terutama sekali Anuar Mohd Noor (Nuar Badak). Pada waktu ini aku masih ingat beberapa kawan seperti Allayarham Samsi Baharin Bin Abdul Rahman, Anuar Aripin (Nuar Teluk), Hakimi Ismail (anak Cikgu Weil), Ismail Awang (Mael Mak Jali), Anuar Mohd Noor (Polis Mak Nor) tetapi yang lain-lain aku tak berapa ingat, aku ingat diorang ni pun sebab diorang bergaduh sebab berebutkan duit seposen yang dijumpai di lantai.
Aku tak ingat yang lain-lain sebaya dengan aku seperti Nik Asmawati Nik Abdul Rahman, Noriah Junoh, Roslaili Hj Husein (Singer), Abdul Razak (Mok Ye), Marjulee Ramli (Meli Pughah), Wan Rohaiza Wan Ibrahim (adik Awe Donde), Sofia Nordin, Zuraida Mohamad (Endut), Wan Roslina Wan Mustapha (anok sedara Mejoh Congo) dan sapa lagi yer.. walaupun sebaya tetapi aku tak pasti sama ada diorang bersekolah di tadika kemas Dabong ataupun tidak. Pada masa ini atuk aku yang lebih popular dengan panggilan Pok atau Poksu Ripin mengajar agama, tapi aku dah lupa ape kisah pada masa itu kerana terlalu awal dan kebanyakannya aku lupa.
Aku melangkah masuk kedarjah satu Sekolah Kebangsaan Dabong pada Tahun 1982, masa tu aku ingat kene pakai baju putih lengan pendek, seluar bermuda pendek berwarna biru gelap, stokin kalau tak salah aku pada masa tu bawah lututlaaa, kasut putih berjenama Marco, rambut belah tepi fuh tak dapat aku bayangkan pada masa itu macam mana rupa aku. Beg sekolah pada masa tu aku guna beg warna kuning, sekarang dah tak ada dalam pasaran. Sekolah rendah mengenalkan aku kepada beberapa kawan baru seperti Judi Mat Pos, Andre anok doktor Klinik Desa Dabong, Nasir Sungai Durian (kawan Nuar Badak), Efarizal Padang 16, Seni Macung, Daradah Daud (duk Kampung Biok), Sarina Shaari (kakak Pudin Husin Merah) dan ramai lagi yang aku cuba ingat tetapi tak dapat recall.
Beberapa nama cikgu yang masih aku ingat sewaktu aku bersekolah rendah ialah ...
Cikgu Yusof (hensem dan bagus, beliau mengajar Bahasa Malaysia, tidak garang dan aku ingat sebab dia pernah memberi duit raya 20sen kepada setiap muridnya pada masa itu dan beliau juga hebat bermain bola tampar tapi tidaklah sehebat Abang Halim Buaya.)
Cikgu Bakri (aku tak ingat dia mengajar mata pelajaran aper, garang dan dikenali serta masih segar dalam ingatan kerana beliau selalu membawa segugus pembaris sebagai trademarknya)
Cikgu Samsudin (ha ha ha ha ha ha malu aku tau pada masa ini... Beliau mengajar Matematik yang mana selalu memberi aku masalah untuk menyiapkan kerja rumah, boleh dikatakan setiap hari aku tidak menyiapkan kerja rumahnya, berbagai alasan aku berikan, buku latihan tertinggal laaa, basah kene hujan laaa, dah siap tapi buku pulak entah kemana laa huhh pendek kata memang asyik kene jer laaa aku.. pada suatu hari dijadikan cerita, aku memberi alasan buku tertinggal kat umah padahal buku latihan ader tersimpan didalam laci meja, ader ker dia mahu aku pulang dan mengambilnya, berderau darah aku, maka pulanglaaa aku konon-kononnya dan singgah di kedai Mok Su Ye, pekene air sarsi botol hasil dari duit tabung kelas yang aku curi ha ha ha, apabila habis aku kembali ke kelas dan menyatakan kepada Cikgu Samsudin yang aku tidak menjumpai buku latihan ku yang telah aku siapkan, beliau marah sambil menunjukkan buku latihan aku yang belum siap dia jumpa dan mengarahkan aku ke hadapan, aku diarahkan berikrar agar menyiapkan segala kerja rumah dan tidak akan menipu lagi, sambil ditertawakan rakan-rakan aku aku menangis, malu betul aku pada masa itu... kalau tak salah masa tu aku di darjah 2... kalau setakat berdiri atas kerusi di luar kelas, memjunjung kerusi di belakang bilik darjah, dirotan aku tak kisah pun tetapi ikrar itu memberi kesan yang hebat dalam diri aku... siot betul Cikgu Din..jasamu aku kendong keakhirnya..
Cikgu Othman Bulat (Cikgu Man ni biasa sahaja cuma kalau tak salah dia Guru Kanan sekolah, beliau pada ketika itu menyiapkan mini zoo kat tepi padang sekolah, kira ok jugak laaa)
Abe Yub (Pada masa tu Abe Yub anak Tok Imam Noor adalah pekerja am sekolah, kerani la... tapi sekarang dia pun dah berubah, beliau sudah berjaya sebagai Kontractor